Monday 21 October 2013

~Terma & Syarat ~


Pelanggan yg dihormati,


Terma & Syarat

Beberapa terma yang  perlu diketahui  oleh penyewa untuk kebaikan bersama..

1.  Penginapan Husna Guest House hanya dibuka kepada tetamu beragama ISLAM sahaja sama ada individu, pasangan, kumpulan atau keluarga. Tetamu yang bukan mahram yang menyewa secara berkumpulan perlu terdiri daripada sejantina sahaja.

2.  Tetamu perlu membayar deposit komitmen sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja) sehari sebagai tanda pengesahan tempahan. Deposit tersebut merupakan sebahagian daripada wang sewaan dan tetamu hanya perlu membayar baki jumlah sewaan sahaja sewaktu check-in. Deposit komitmen perlu dibayar selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh check-in ke akaun bank yang ditetapkan.

3. Pembatalan terhadap tempahan yang telah disahkan adalah dibenarkan sekiranya dibuat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh check-in dengan wang deposit komitmen akan dikembalikan sepenuhnya. Tiada wang deposit komitmen dikembalikan untuk pembatalan yang dibuat pada jangkamasa yang lebih pendek.

4. Kunci akan diserahkan apabila bayaran penuh diterima secara tunai semasa check-in.

5. Waktu check in adalah pada pukul  2.00 petang.  Waktu check out adalah pada pukul 12 tengahari. (boleh dirunding jika tiada tetamu lain yg akan menyewa)

6. Kami memohon jasa baik dan keikhlasan penyewa untuk menjaga segala kemudahan peralatan dengan baik seperti rumah sendiri. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera.

7. Haiwan peliharaan, minuman keras dan makanan yang tidak halal sama sekali tidak dibenarkan. Juga tidak dibenarkan membawa masuk barangan yang dilarang mengikut undang-undang negara.

8. Husna Guest House tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kerugian atau sebarang perkara musibah yang timbul terhadap para tetamu di atas kecuaian tetamu sendiri atau kerana disebabkan perkara yang di luar kawalan Husna Guest House.

9. Resit penginapan hanya akan dikeluarkan atas permintaan tetamu apabila  bayaran penuh telah dibuat.

10. Husna Guest House berhak untuk melihat dokumen tetamu seperti kad pengenalan dan sijil perkahwinan sebelum tetamu check-in sekiranya difikirkan perlu.

11. Penyewa yang telah membayar deposit bermakna telah bersetuju dengan syarat & peraturan di atas. 


Terima Kasih

Salam mesra dari Husna Guest House Gambang Damai.













No comments:

Post a Comment